Cari Dalam Blog Ini

Selasa, 14 Januari 2020

(updated)
Stokis Baja Organik Asli Attia
ACL Agro Trading *Membekalkan Baja Organik Asli Attia dengan harga yang sangat kompetitif *Sesuai untuk anda sebagai peniaga *Macam-macam insentif*

Khas untuk peminat pokok tin dan juga pokok-pokok lain, khususnya yang berada di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan (Bangi, Sepang, Sungai Ramal, Dengkil, Banting, Sungai Pelek, Bandar Baru Salak Tinggi, Seri Putra, Bukit Mahkota, Sungai Merab, Sri Kembangan, Serdang, Petaling Jaya, Shah Alam, Cyberjaya, Kajang, Nilai, Seremban, Semenyih, Beranang dan Cheras)

𝗔𝗗𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗔𝗚𝗨𝟮 𝗡𝗔𝗞 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗕𝗔𝗝𝗔 𝗢𝗥𝗚𝗔𝗡𝗜𝗞 𝗔𝗧𝗧𝗜𝗔, 𝗬𝗘 𝗟𝗔𝗛, 𝗕𝗔𝗝𝗔 𝗢𝗥𝗚𝗔𝗡𝗜𝗞 𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗡𝗬𝗔 𝗕𝗔𝗨 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗦𝗧

Baja Organik Attia bau teruk sangat ke?







Baja Organik Attia - Pemenang Utama

Encik Ahmad Raees, pencipta Baja Organik Attia di TV:

Baja Organik Asli Attia mula diusahakan oleh Encik Ahmad Raees di Kulim, Kedah. 

Encik Ahmad Raees mengalami kecacatan kaki sejak kecil. 

Namun beliau mempunyai semangat yang begitu kental untuk berusaha sendiri dan mencapai kejayaan dalam perniagaannya. 

Walaupun pernah hidup dalam keadaan cukup susah suatu ketika dahulu, keluarga Encik Ahmad Raees kini sedang meniti kejayaan apabila perniagaan baja organik yang diusahakannya kian mendapat sambutan di seluruh tanah air.
Stokis Baja Organik Attia - Ayah Chik Li Home Grower khas untuk peminat pokok tin dan baja organik Attia di sekitar Bangi, Sepang, Sungai Merab, Sri Kembangan, Serdang, Petaling Jaya, Shah Alam, Putrajaya, Cyberjaya, Nilai, Seremban, Semenyih, Selangor, Kuala Lumpur, Kajang, Sungai Ramal, Cheras Ayah Chik Li 018 320 8848
Encik Ahmad Raees - pencipta Baja Organik Attia, foto Utusan Online
Pelanggan Baja Organik Attia, foto Utusan Online

Beliau sebelum ini pernah melakukan pelbagai kerja, antaranya tukang kasut, mengusahakan gerai makanan sementara isterinya pula mengambil upah menjahit langsir. 

Berkat usaha dan kesabaran Encik Ahmad Raees berjaya mengumpul wang sedikit demi sedikit lalu berkemampuan ke Pakistan sebanyak dua kali untuk mempelajari selok belok penyediaan baja organik yang kemudiannya diadun dengan menggunakan ideanya sendiri pada tahun 2011.

Walaupun berjaya menghasilkan sendiri baja organik namun kejayaan tidak datang dalam sekelip mata. 

Di peringkat awal cukup sukar untuk meyakinkan orang ramai tentang kebaikan baja organik ciptaannya. 

Pada ketika itu penjualannya hanya dilakukan dari rumah ke rumah tanpa ada promosi secara besar-besaran. Kini Encik Ahmad Raees mempunyai lebih dari 100 stokis baja Attia di seluruh negara yang membantu memasarkan baja organik ciptaannya yang dijenamakan sebagai Attia.

Penjualan baja Attia mula mendapat perhatian ramai setelah dirinya didedahkan dengan teknik pemasaran menggunakan internet selain promosi dari mulut ke mulut. 

Ternyata promosi melalui internet cukup berkesan. Kini beliau menghasilkan ~700 kilogram sehari untuk diedarkan ke seluruh negara.
Encik Ahmad Raees bersama pokok tin yang subur dibajakan dengan Baja Organik Attia, foto Utusan Online 

Mengenai baja yang dihasilkannya itu Encik Ahmad Raees berkata produk tersebut sesuai untuk semua jenis tanaman, bebas dari bahan kimia serta tidak berbau walaupun bahan utama dalam penghasilannya adalah tinja kambing. 

Penggunan baja ciptaannya ini mampu mempercepatkan dan menggalakkan pertumbuhan tanaman selain meningkatkan imunisasi pokok. 

Baja Attia juga turut membantu menguatkan akar, batang serta ranting tumbuhan di samping meningkatkan hasil taanaman.
Artikel Penuh di Utusan Online

Ayah Chik Li Home Grower adalah stokis sah Baja Organik Asli Attia.
[Maklumat terkini di facebook; klik di SINI

Harga runcit terus dari stokis: RM8/kg

Untuk pembelian melalui pos:
Pakej harga jualan baja organik attia melalui pos: RM15/1kg, RM22/2kg, RM30/3kg, RM40/4kg, RM60/6kg - harga adalah termasuk bayaran pos
Delivery percuma ke kawasan terpilih:
Penghantaran Percuma / COD Baja Organik Attia

Whatsapp laju-laju 0183208848 untuk tempahan dan pembelian.

Ataupun boleh terus saja ke ejen2 kami, sila klik Ejen Baja Organik Attia


Anda juga berpeluang untuk menjadi ejen dan layak mendapatkan Baja Organik Asli Attia dengan harga istimewa. 

Sila whatsapp laju-laju 0183208848 untuk maklumat lanjut.
Ejen dari Lembah Klang diperlukan SEGERA!!!

Maklumat lanjut tentang Baja Organik Attia:
Perakuan laporan pengujian (test report)


Laporan pengujian (test report)
Pendaftaran syarikat pengeluar Baja Organik Attia
Baja Organik Attia sangat baik untuk penanaman pokok tin:
Buah Tin Variety Iraqi

Buah Tin Variety Iraqi
Buah Tin Variety Iraqi
Buah Tin Variety Tihany
Buah Tin Variety Super Red Hybrid


Baja Organik Attia juga sangat baik untuk penanaman pokok-pokok lain:


Stokis Baja Organik Attia - Ayah Chik Li Home Grower khas untuk peminat pokok tin dan baja organik Attia di sekitar Bangi, Sepang, Sungai Merab, Sri Kembangan, Serdang, Petaling Jaya, Shah Alam, Putrajaya, Cyberjaya, Nilai, Seremban, Semenyih, Selangor, Kuala Lumpur, Kajang, Sungai Ramal, Cheras Ayah Chik Li 018 320 8848
Anak pokok kurma
Pokok belimbing besi
Pokok stevia
Ayah Chik Li 018 320 8848
Pokok bunga ros



Hubungi 018 320 8848 (Ayah Chik Li)


Khas untuk peminat pokok tin (anak tut dalam polibag) di Malaysia, khususnya yang berada di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan (Bangi, Sepang, Sungai Ramal, Dengkil, Banting, Sungai Pelek, Bandar Baru Salak Tinggi, Seri Putra, Bukit Mahkota, Sungai Merab, Sri Kembangan, Serdang, Petaling Jaya, Shah Alam, Cyberjaya, Kajang, Nilai, Seremban, Semenyih, Beranang dan Cheras)

Fertili - baja organik campuran, merawat tanah menyuburkan tanaman

Pertanian Bandar / Kebun Bandar boleh membantu penghuni bandar meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan yang diperlukan. 

Penduduk di kawasan bandar dan juga pinggir bandar boleh terlibat dengan aktiviti ini.


Kini aktivti pertanian bandar menjadi penting untuk pembangunan mampan dari segi pelbagai aspek kehidupan dan keperluan kehidupan di bandar termasuk bekalan bahan makanan, penghijauan persekitaran, pengurusan air dan bahan buangan bandar, pendidikan serta riadah.

Malah aktiviti pertanian bandar di kalangan penduduk bandar dan pinggir bandar adalah  satu pendekatan yang praktikal serta dapat mengurangkan perbelanjaan harian.

Antara tanaman yang boleh diusahakan termasuklah pelbagai sayur-sayuran serta buah-buahan di sekitar kediaman masing-masing supaya beban kenaikan kos sara hidup dapat dikurangkan.

Pelbagai faedah pertanian bandar boleh dikecapi, termasuklah bagi menampung keperluan harian serta mengurangkan kos sara hidup, menambahkan pendapatan sampingan komuniti bandar melalui lebihan pengeluaran hasil pertanian, dan juga memupuk kesedaran serta minat terhadap kepentingan pertanian sebagai penyumbang terus kepada kesejahteraan serta keceriaan persekitaran komuniti bandar.

Orang ramai boleh memanfaatkan kawasan sekeliling rumah, institusi, pejabat, tanah rezab kerajaan (dengan kebenaran bertulis daripada pihak berkenaan), kawasan tanah terbiar dan tanah yang sesuai mengikut tanaman.
Fertili - baja organik campuran, merawat tanah menyuburkan tanaman
Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menjalankan pertanian bandar. 

Antaranya adalah penanaman dalam polibag ataupun pasu.

Apabila kita berkebun menggunakan pasu, antara perkara penting perlu kita fokuskan adalah pada medium tanaman yang kita gunakan. 

Ramai yang membeli campuran tanah yang dijual di nurseri pokok dan kedai pertanian. 

Ada yang baik dan ada yang mengecewakan kita.


Tahukah anda bahawa kita sebenarnya boleh menghasilkan sendiri campuran tanah / media tanaman  ini? 

Penyediaan sendiri sudah tentu lebih menjimatkan kos, terutamanya jika kita ada banyak tanaman dalam pasu.


Kini anda tidak perlu lagi pening kepala untuk memilih tanah campuran yang dijual di nurseri. 

Anda juga tidak perlu bersusah payah lagi untuk mempelajari pelbagai langkah dalam penyediaan tanah campuran  / media tanaman. 

Dengan adanya Fertili, anda boleh menggunakan apa sahaja jenis tanah yang ada misalnya tanah atas / top soil, tanah hitam ataupun tanah bakar. 

Malah tanah merah sekalipun boleh anda gunakan untuk menyediakan tanah campuran bagi tujuan penanaman dalam pasu.

Campurkan saja tanah (3 bahagian) dan Fertili (1 bahagian) untuk menyediakan tanah campuran / media tanaman bagi tujuan penanaman pelbagai tanaman dalam pasu / polibag.

Kemudiannya Fertili boleh digunakan sebagai baja, bubuh lebih kurang 70 gram Fertili setiap minggu bagi setiap pokok / tanaman dalam pasu anda. 


Lagi testimoni pengguna Fertili
Testimoni pengguna Fertili baja organik campuran

Sumber: Laman Web MoA dan Berita Harian

Isnin, 13 Januari 2020

Fertili - baja organik campuran, merawat tanah menyuburkan tanaman.

Fertili - baja organik pra-campuran didapati sangat baik dalam merawat tanah, khususnya tanah yang kurang subur. 

Apabila kita berpindah ke rumah baru selalunya tanah di laman rumah kita memang langsung tak sesuai untuk apa-apa tanaman, rumputpun kadang-kadang payah nak tumbuh.

Apatah lagi untuk tanam pelbagai pokok buah, sayur ataupun bunga.

Nursery memang ada menjual macam-macam tanah campuran, namun kadang-kadang harganya lebih mahal daripada harga baja. 

Memilih jenis tanah campuran yang sesuai dengan pokok yang nak kita tanam juga kadang-kadang tidak mudah.

Dengan Fertili menghasilkan tanah campuran sendiri menjadi mudah. 

Sama ada menggunakan tanah sedia ada di keliling rumah kita, ataupun membelinya dari nursery tanah campuran / media tanaman boleh saja dihasilkan dengan mudah. 

Campurkan saja apa-apa jenis tanah (3 bahagian) dengan Fertili (1 bahagian) untuk hasilkan tanah campuran / media tanaman untuk macam-macam jenis tanaman. 

Kemudiannya Fertili boleh dijadikan baja. 

Bubuh lebih kurang 70 gram Fertili seminggi sekali untuk setiap tanaman dalam pasu / tanaman di sekitar rumah.

Delivery baja organik Fertili
Fertili, walaupun agak baru dalam pasaran kini telah mula mendapat kepercayaan penggemar kebun, khususnya pekebun keliling rumah.
Tanaman dalam pasu subur setelah diberi Fertili
#bajaorganik
#tanahcampuran
#mediatanaman
#kebunbandar
#pertanianbandar
#urbanfarming
#Fertili


Isnin, 6 Januari 2020

Kunyit Hitam / Black Ginger / Kaempferia parviflora / Herba / Organik / Nurseri

Permintaan terhadap produk berasaskan bahan semula jadi atau herba meningkat secara mendadak di pasaran negara ini berikutan kecenderungan pengguna menggunakannya untuk tujuan perubatan dan kesihatan.

Tidak hairanlah pasaran industri produk herba di negara ini terus meningkat dari setahun ke setahun apabila dianggarkan nilai pasarannya mampu mencecah lebih RM4.5 bilion setahun.
Kunyit Hitam /  Kaempferia parviflora
Terdapat pelbagai bahan semula jadi atau herba yang popular di pasaran seperti tongkat ali, kacip fatimah dan daun misai kucing.

Walau bagaimanapun, pokok kunyit hitam atau nama saintifiknya Kaempferia parviflora, kurang popular dalam kalangan generasi masa kini.

Tumbuhan herba ini terdiri daripada kumpulan kunyit dan halia yang didapati secara meluas ditanam di Thailand berbanding di negara ini.

Mungkin faktor itulah yang menyebabkan ramai dalam kalangan masyarakat kurang mengenali apatah lagi mengetahui khasiatnya.

Situasi itu turut diakui pembekal dan pengedar anak benih pokok buah-buahan dan herba, Othman Saidon, 58.

Katanya, dari segi fizikal tanaman itu hampir serupa dengan kunyit biasa, namun bentuk ubinya berbeza dan berwarna ungu hitam walaupun saiz seakan-akan sama.

“Ketika ini sukar memperoleh benih kunyit hitam kerana ia tidak terdapat di pasaran atau nurseri. 

Biasanya saya mendapatkan benihnya dari Thailand pada RM200 sekilogram.

“Kunyit hitam mempunyai nilai komersial yang tinggi kerana rizom (akar berisi) dan daunnya digunakan sebagai bahan bagi tujuan pengeluaran produk kesihatan, kosmetik, makanan tambahan dan perubatan.

“Hasil kajian yang dilakukan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mendapati tumbuhan ini mengandungi antioksida yang tinggi, meningkatkan tenaga manusia dan dikatakan sesuai untuk kosmetik serta bahan rawatan penyakit jantung,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Othman berkata, berbanding di Thailand, penghasilan produk berasaskan kunyit hitam di pasaran tempatan sangat terbatas berikutan kekurangan bahan tanaman itu dan hanya segelintir pengusaha yang menanamnya secara berskala besar.

Katanya, tidak hairanlah di negara gajah putih itu terdapat produk berasaskan kunyit hitam yang diaplikasikan dalam pelbagai bentuk makanan kesihatan tambahan selain kosmetik.

“Kekurangan kunyit hitam di negara ini menyebabkan ia sangat sukar untuk diperoleh dan menjadi faktor utama ia tidak popular seperti pokok herba lain antaranya tongkat ali dan kacip fatimah,” katanya yang mengakui kunyit hitam mudah ditanam sama ada di atas tanah, dalam pasu atau menggunakan beg semaian.
“Saya yakin kunyit hitam ini jika ditanam secara komersial ia boleh membawa pulangan lumayan kepada pengusaha bukan saja untuk pasaran tempatan, malah luar negara,” katanya.
Artikel asal: Harian Metro Jumaat, 8 Jun 2018 

Jumaat, 26 Julai 2019

Temu Hitam

𝐏𝐨𝐤𝐨𝐤 𝐓𝐞𝐦𝐮 𝐇𝐢𝐭𝐚𝐦 adalah sejenis pokok yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Curcuma aeruginosa. Umbisinya berukuran agak besar serta bercabang merata. Umbisi yang sudah matang berwarna kebiruan, manakala warna kulit luar umbisinya kuning. Pohonnya boleh mencecah ketinggian 50cm dangan batang berwarna hijau.
Temu hitam merupakan tanaman liar dan banyak tumbuh dihutan semulajadi, boleh ditemui di beberapa negara termasuklah Myanmar, Kemboja, Malaysia dan juga beberapa kepulauan di Indonesia.
Secara kimia umbisi temu hitam banyak mengandungi minyak pati, mineral dan juga tanin. Tanaman temu hitam diyakini mampunyai manfaat berikut:
Menyembuh penyakit kulit (kudis, kurap, dan sebagainya).
Meningkatkan seleran makan.
Mengubati kecacingan (Temugiring, Ascaris).
Mengatasi masalah jantung yang berdebar-debar
Mengubati luka
Melegakan sakit perut
Merawat cirit birit berdarah
Mengobat cacar air
Menurunkan suhu badan ketika demam
Melegakan saluran pernafasan
Melancarkan pencernaan
Mengubati keracunan makanan
Meredakan kembung perut
Melembutkan kulit
Melangsingkan badan
Silalah Follow blog  ni ataupun LIke page Kebun Laman Rumah supaya tidak tertinggal apa2 maklumat berguna.