Baja Foliar
- Penggunaan hendaklah mengikut kadar yang disyorkan oleh pengeluar produk berkaitan. Kepekatan yang tinggi boleh menyebabkan kesan keracunan (seperti daun melecur) pada tanaman. Dalam kebanyakan kes, kadar penggunaan yang disyorkan oleh pengeluar produk baja adalah berbeza-beza bergantung kepada jenis tanaman. Jika sekiranya tiada pengesyoran yang jelas daripada pengeluar produk baja, mula dengan kadar yang rendah dan pertingkatkanlah kemudiannya jika bersesuaian.
- Sebaik-baiknya pH larutan adalah dalam lingkungan pH neutral (pH 7). Manakala air tanpa klorin (air hujan, air telaga atau air terawat yang disimpan di kawasan terbuka) adalah pilihan yang lebih baik.
- Apabila penyemburan dibuat, pastikan semburan yang halus (fine spray) dan semburkanlah sehingga menitik pada bahagian pokok yang disasarkan.
- Masa yang paling sesuai bagi tujuan penyemburan baja foliar ialah pada waktu pagi (selepas embun kering) ataupun pada lewat petang. Pada waktu pagi ataupun lewat petang suhu persekitaran adalah agak rendah dan ini menyebabkan stomata terbuka lebih luas untuk penyerapan nutrien yang diberi melalui semburan baja foliar.
- Penyemburan hendaklah dituju kepada bahagian bawah daun kerana stomata kebanyakannya terdapat pada bahagian bawah daun. Selain itu, semburan juga boleh ditujukan kepada kulit batang.
- Untuk mengelak pembaziran semburan disebabkan aliran air jatuh (run off), bahan tambah perekat boleh digunakan. Evan Plus (Alkyl dan Alkylarylpolyoxy ethylene Glycol : 80%) dan AGR Tetron AS (Octylphenoxypolyethoxyy ethanol dan Sodium alkylester Sulfonate - 60% + I sopropanol - 8%) adalah contoh bahan tambah perekat yang ada dalam pasaran.
- Untuk memperoleh kesan penyemburan baja foliar yang terbaik, penyemburan hendaklah dibuat di peringkat kritikal dalam pertumbuhan sesuatu tanaman. Misalnya semasa tanaman baru sahaja ditanam ataupun dipindahkan (transplanting), atau di peringkat pokok mula berbunga dan juga di peringkat pembentukan putik / buah.
1. Sediakan bekas air plastik 10 liter yang berisi air tanpa klorin sebanyak 8 liter (boleh guna air telaga, air hujan atau air sungai yang tidak tercemar).
2. Gula merah 500 gram
3. Setengah ketul ragi
Cara membuat
1. Masak gula merah dengan sedikit air sehingga cair dan dinginkan.
2. Potong 2 ragi (guna separuh) bancuhan ini.
3. Ambil sebelah potongan ragi. Hancurkan dan masukkan kedalam botol/bekas.
4. Tuang gula merah cair tadi kedalam botol.
5 Tutup rapat.
6. Labelkan tarikh membuat
7. Peram / simpan ditempat gelap dan tidak terkena cahaya mentari.
Cara penggunaannya
Sembur awal pagi dan lewat petang. Sembur keseluruhan pokok termasuk pangkalnya. Guna dari peringkat pembungaan sehingga berbuah. Sembur selang seminggu. Lebih kerap lebih manis buahnya nanti. Air bancuhan baja ini boleh juga terus dituang kepangkal pokok.
Catatan
1. Semasa pemeraman perhatikan bekas. Jika mengembung bukakan penutup perlahan-lahan untuk melepaskan gas yang terhasil.
2. Selepas seminggu sudah boleh digunakan.Lebih dari sebulan adalah lebih baik.Guna sebanyak 25-50 ml untuk 10 liter air.
Topik Lain:
anak pokok tin
penanaman pokok tin
penjagaan media tanaman
manfaat buah tin
kaedah penanaman
ciri anak pokok sihat
baja organik
baja organik Attia
laman jualan
WASAP Ayah Chik Li
#bajaorganikattia
#ayahchiklihomegrower
#pasubertingkat
#strawberitanahrendah
#kebunbandar
#kebunlamanrumah