Secara relatifnya penanaman pokok tin masih agak baru di bumi Malaysia. Walaupun baru, publisiti yang diberikan oleh media cetak dan elektronik serta peranan yang dimainkan oleh media sosial menjadikan minat orang ramai terhadap penanaman pokok tin meningkat dengan cepat sekali. Saya adalah salah seorang yang meminati penanaman pokok tin. Mengapakah saya meminati penanaman pokok tin? Saya akan menceritakannya dalam kesempatan yang lain.
Dalam penulisan ini saya ingin berkongsi pengalaman saya mengapa saya menggunakan baja organik Attia dalam penanaman pokok tin yang saya usahakan.
anak pokok kurma tentang jenis baja yang saya gunakan. Asalkan baja sahaja sudah tentu dapat menyuburkan pokok, termasuklah pokok tin. Pandangan saya ini sebenarnya tidaklah terlalu jauh tersasar. Pokok tin yang saya tanam menggunakan baja yang saya peroleh dari kebanyakan nurseri memang mampu menjadikan pokok tin saya subur dan berbuah. Saya sudah cukup gembira.
Namun apabila dibandingkan dengan foto-foto pokok tin yang boleh ditemui di laman media sosial saya mula menyedari bahawa pokok tin yang saya tanam mempunyai kekurangan. Walaupun pokok tin yang saya tanam hidup subur dan berbuah, namun pada satu-satu masa bukanlah semua pokok tin saya berbuah, dan pokok tin yang berbuah pula tidak mempunyai jumlah buah yang banyak.
pokok belimbing besi |
Saya mula mencari punca kenapa pokok tin yang saya tanam berbeza. Pelbagai maklumat yang saya peroleh dari pelbagai sumber. Media tanaman, pencahayaan, siraman, baja, mikronutrien dan macam-macam lagi saya peroleh. Saya dapati hampir semua maklumat yang saya peroleh ini telahpun saya amalkan dalam penanaman pokok tin saya. Melainkan maklumat yang saya perloleh dari seorang pengusaha muda penanaman pokok tin di mana beliau telah mencadangkan supaya saya menggunakan baja organik sebagai tambahan kepada baja kimia. Beliau telah mencadangkan kepada saya supaya menggunakan baja organik Attia.
pokok stevia |
Sejak itu saya mula mencari maklumat tentang baja Attia pula, termasuklah maklumat tentang pengeluar, pengedar, sukatan penggunaan, kandungan nutrien dan macam-macam lagi. Setelah berpuas hati saya mula menggunakan Baja Organik Attia dalam penanaman pokok tin saya.
Saya bersyukur kerana berpeluang mendapat panduan penggunaan baja organik Attia dalam penanaman pokok tin saya terus daripada pengeluarnya iaitu Encik Ahmad Raees sendiri.
Saya tidak perlu tunggu lama untuk melihat keberkesanan penggunaan baja organik Attia. Hanya selepas dua minggu menggunakan baja organik Attia saya mula melihat kelainan pada pokok tin saya. Pokok tin kelihatan lebih subur dari biasa. Dalam tempoh lebih kurang sebulan setengah selepas menggunakan baja organik Attia saya dapati hampir semua pokok tin saya berbuah / berputik.
Sebenarnya, selain pokok tin saya juga ada menanam pokok stevia, bunga ros, pisang lemak manis, belimbing besi, mangga, mata kuching dan beberapa jenis pokok lagi termasuklah pokok yang agak sukar ditemui seperti pokok kuning telur, jambu mawar, matoa dan juga kurma. Kini saya menggunakan baja organik Attia bukan sahaja ke atas pokok tin, malah semua pokok lain yang saya tanam juga saya gunakan baja organik Attia. Hasilnya setakat ini sangat memuaskan hati saya.
pokok bunga ros |
pokok tin variety tihany (nanti saya akan sertakan gambar-gambar lain yang berkaitan). |
TOPIK LAIN :
- | anak pokok tin |
- | pembajaan pokok tin |
- | penanaman pokok tin |
- | penjagaan media tanaman |
- | manfaat buah tin |
- | kaedah penanaman |
- | ciri anak pokok sihat |
- | baja organik |
- | baja organik Attia |
- | variety pokok tin dalam koleksi Ayah Cik Li |
- | LAMAN JUALAN |