Pemilihan variety anak pokok tin
Ayah Chik Li Home Grower - harga sangat istimewa dan kompetitif - sesuai untuk anda sebagai peniaga - macam-macam insentif
Khas untuk peminat pokok tin (anak tut dalam polibag) di Malaysia, khususnya yang berada di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan (Bangi, Sepang, Sungai Ramal, Dengkil, Banting, Sungai Pelek, Bandar Baru Salak Tinggi, Seri Putra, Bukit Mahkota, Sungai Merab, Sri Kembangan, Serdang, Petaling Jaya, Shah Alam, Cyberjaya, Kajang, Nilai, Seremban, Semenyih, Beranang dan Cheras)
Sebagai penggemar pokok tin yang baru sahaja ingin mencuba, pemilihan variety mungkin menjadi persoalan utama.
- Variety mana yang lebih baik?
- Variety mana menghasilkan buah yang besar?
- Variety mana yang menghasilkan buah paling manis?
- Variety mana yang paling rajin berbuah?
Pada pandangan saya, persoalan yang paling relevan adalah variety mana paling mudah dijaga serta tidak banyak kerenah. Selain itu saya juga ingin tahu variety mana yang rajin berbuah.
Jangan mudah terpengaruh dengan macam-macam ragam penggemar pokok tin, yang selalunya bersembang tentang pelbagai kelebihan variety yang maha-mahal (variety bangsawan). Jika kita terpikat dengan variety bangsawan, kita janganlah terus beli variety berkenaan. Sebaliknya cubalah tanam variety biasa-biasa (variety marhaen) terlebih dahulu. Setelah kita mahir tentang penanaman dan penjagaan pokok tin barulah sesuai untuk kita mencuba vareity bangsawan. Kenapa saya syorkan begini? Harga variety bangsawan mahal disebabkan beberapa perkara :
Antaranya adalah kesukaran penjagaan dan lambat berbuah. Kedua-duanya adalah tidak baik untuk kita sebagai penggemar pokok tin yang kurang berpengalaman. Penjagaan yang kurang baik menyebabkan variety bangsawan mati begitu sahaja. Lambat berbuah juga boleh menyebabkan kita bosan, dan kita jadi sambil lewa dalam penjagaan pokok. Akhirnya pokok lagi lambat berbuah ataupun terus mati.
Oleh itu, sebagai permulaan eloklah pilih bebepa vafriety yang sudah terbukti mudah dijaga, tidak banyak kerenah serta cepat dan rajin berbuah seperti berikut:
- Masui Dauphine dan Masui Dauphine (J), buah merah dan besar
- BTM6, buah merah
- Taiwan Golden Fig (TGF) dan TGF(J), buah merah dan besar
- Ipoh Blue Giant (IBG), buah merah
- Red Khurtmani, buah merah
- Red Libya, buah merah
Selamat mencuba :)
Khas untuk peminat pokok tin (anak tut dalam polibag) di Malaysia, khususnya yang berada di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan (Bangi, Sepang, Sungai Ramal, Dengkil, Banting, Sungai Pelek, Bandar Baru Salak Tinggi, Seri Putra, Bukit Mahkota, Sungai Merab, Sri Kembangan, Serdang, Petaling Jaya, Shah Alam, Cyberjaya, Kajang, Nilai, Seremban, Semenyih, Beranang dan Cheras)