Pemilihan media tanaman sangat kritikal terutamanya bagi penggemar pokok tin yang baharu. Jika kita mempunyai pengalaman dalam penanaman pokok lain kita mungkin cenderung untuk memilih pelbagai jenis tanah sebagai media tanaman pokok tin, seperti tanah hitam, tanah bakar, tanah kompos, top soil dan macam-macam jenis tanah lagi.
Dalam pemilihan media tanaman, perkara pertama yang perlu diingat adalah anak pokok tin mempunyai akar yang sangat sensitif terhadap air, khususnya air yang bertakung di bahagian dasar bekas tanaman ataupun air dalam media. Sesetengah media seperti tanah hitam mampu memegang air dengan agak banyak untuk tempoh lebih lama. Oleh yang demikian media yang dipilih perlulah mempunyai keporosan yang tinggi. Campuran tanah dan pasir mampu meningkatkan keporosan tanah. Satu panduan yang agak mudah untuk diikut adalah media tanaman mempunyai tahap keporosan yang sesuai jika air yang disiram terus meresap serta merta ke dalam media.
Penggunaan tanah sebagai media, khususnya top soil dan tanah hitam yang tidak dirawat mendedahkan anak pokok kepada serangan nematod (sejenis cacing yang membiak dalam akar anak pokok). Serangan nematod boleh menyebabkan pokok mati kerana kekurangan nutrien. Malahan penggunaan pasir (pasir lombong ataupun pasir sungai) yang sudah lama berada di atas tanah juga berpotensi untuk mempunyai nematod. Penggunaan tanah yang dirawat ataupun tanah bakar dapat mengatasi masalah ini. Penggunaan pasir yang terendam dalam air juga dapat mengelak daripada pembiakan nematod di dalamnya (bersambung...).
TOPIK LAIN :
Cyberjaya, Kajang, Nilai, Seremban, Semenyih, Beranang dan Cheras)
Khas untuk peminat pokok tin (anak tut dalam polibag) di Malaysia, khususnya yang berada di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan (Bangi, Sepang, Sungai Ramal, Dengkil, Banting, Sungai Pelek, Bandar Baru Salak Tinggi, Seri Putra, Bukit Mahkota, Sungai Merab, Sri Kembangan, Serdang, Petaling Jaya, Shah Alam, Cyberjaya, Kajang, Nilai, Seremban, Semenyih, Beranang dan Cheras)