Berdasarkan sedikit maklumat yang saya ada penanaman dari biji benih akan mengambil tempoh yang lama untuk mencapai tahap matang dan berbuah. Tambahan pula (jika betul apa yang saya faham) pokok Tin tidak semestinya boleh berbuah kerana ada yang self-fertile dan ada juga yang tidak. Penanam dari biji benih memang tidak dapat menjamin pokok yang membesar adalah self-fertile.
Penanaman dari anak pokok yang dihasilkan secara tissue culture dapat menjamin pokok yang membesar adalah self-fertile, dengan syarat ex-plant yang digunakan bagi tujuan pembiakan secara tissue culture adalah dari kumpulan self-fertile. Namun tempoh yang diperlukan bagi mencapai tahap matang juga adalah lama, iaitu lebih kurang sama seperti pokok yang ditanam dari biji benih.
Manakala, amalan penanaman menggunakan anak bare root kurang meluas di Malaysia, melainkan bagi yang terpaksa membuat pembelian variety dari luar negara, ataupun untuk diposkan ke sesuatu tempat yang agak jauh, misal dari Semenanjung ke Sabah ataupun ke Sarawak.
Di Malaysia penanaman yang boleh dikatakan menjamin penghasilan buah dalam tempoh yang singkat hanyalah penanaman menggunakan anak tut dan keratan batang. Penanaman menggunakan keratan batang adalah agak mencabar dan memerlukan ketelitian serta kemahiran dan pengalaman. Ini adalah kerana anak yang dihasilkan dari keratan batang adalah sangat sensitif dan mudah mati.
Di Malaysia penanaman yang boleh dikatakan menjamin penghasilan buah dalam tempoh yang singkat hanyalah penanaman menggunakan anak tut dan keratan batang. Penanaman menggunakan keratan batang adalah agak mencabar dan memerlukan ketelitian serta kemahiran dan pengalaman. Ini adalah kerana anak yang dihasilkan dari keratan batang adalah sangat sensitif dan mudah mati.
Bagi yang ingin memulakan penanaman buat pertama kali sangat-sangatlah dicadangkan supaya bermula dengan anak pokok yang telah stabil. Anak pokok yang telah berusia melebihi sebulan selalunya adalah agak stabil. Apabila membeli anak dari pembekal anak pokok eloklah ditanya usia anak pokok tersebut. Pilihlah yang telah berusia melebihi sebulan.
Apabila telah selesa dan berkeyakinan tentang selok belok penjagaan anak pokok Tin bolehlah mencuba pula penanaman anak tut. Tut boleh dibeli secara langsung dari pembekal ataupun boleh juga dibeli secara online / melalui internet. Di peringkat awal adalah lebih baik membeli secara langsung dari pembekal. Ini dapat menjamin kesegaran tut yang diperoleh dan seterusnya peluang untuk ditanam dengan jayanya adalah lebih cerah. Pembelian secara online kadang-kadang mengambil masa beberapa hari untuk tiba, dan ini sudah tentu mengganggu kesegaran tut tersebut. Tut yang kurang segar memerlukan pengendalian khusus bagi menjamin kelangsungan hidupnya selepas ditanam (bersambung...).
Topik Lain:
Khas untuk peminat pokok tin (anak tut dalam polibag) di Malaysia, khususnya yang berada di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan (Bangi, Sepang, Sungai Ramal, Dengkil, Banting, Sungai Pelek, Bandar Baru Salak Tinggi, Seri Putra, Bukit Mahkota, Sungai Merab, Sri Kembangan, Serdang, Petaling Jaya, Shah Alam, Cyberjaya, Kajang, Nilai, Seremban, Semenyih, Beranang dan Cheras)