Cara mudah menyemai keratan batang pokok tin
Ayah Chik Li Home Grower membekalkan anak pokok tin dengan harga yang sangat kompetitif
Khas untuk pekebun laman rumah di seluruh Malaysia (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Simbilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak, Labuan, Kuala Lumpur, Putrajaya)
- Pilih batang yang sesuai iaitu batang yang dah matang dan berwarna coklat, jangan terlalu muda (warna hijau), jangan juga terlalu tua (warna cerah / kelabu).
- Kerat batang sepanjang 4 - 6 inci yang mempunyai sekurang-kurangnya 4 node. Node adalah bahagian / tempat pada batang yang darinya tumbuh tunas / daun / putik buah.
- Sapu plant dressing / cat / lilin pada permukaan potongan bahagian atas keratan.
- Sapu hormon / penggalak akar pada kulit di sekeliling bahagian pangkal batang (lebih kurang setengah inci panjang).
- Tanamkan keratan batang dalam media tanaman. Pastikan sekurang-kurangnya dua node tertanam dalam media, dan sekurang-kurangnya dua node terdedah di udara. Media tanaman boleh terdiri daripada sabut hancur, tanah campuran, tanah kompos dan lain-lain.
- Siram media sehingga lejuh (untuk kali pertama).
- Pastikan semaian keratan berada di tempat yang teduh dan tidak terdedah kepada hujan.
- Siram media pada setiap hari berikutnya, cukup sekadar melembabkan media.
- Tunas pertama boleh muncul selepas 5 - 7 hari.
- Ingatan: jangan letak apa-apa baja sama ada kimia ataupun organik sehinggalah semaian telah mempunyai daun yang banyak dan besar.
- Semaian boleh dipindah ke tapak tanaman selepas ~ sebulan - sebulan setengah.