Cari Dalam Blog Ini

Selasa, 1 Mei 2018

Ayah Chik Li Home Grower membekalkan anak pokok tin, anak pokok tin bareroot, pasu bertingkat dan baja organik Attia dengan harga yang sangat kompetitif
Khas untuk pekebun laman rumah di seluruh Malaysia (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Simbilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak, Labuan, Kuala Lumpur, Putrajaya)

Kebun laman rumah


Mengapakah Ayah Chik Li berkebun di laman rumah?

Itu sahajalah tanah / ruang yang saya ada.

Luas ke laman rumah Ayah Chik Li?

Tak luas manapun, saya manfaatkan semua ruang yang ada.

Ayah Chik Li berkebun ni hobi ke nak cari duit lebih? [baca selanjutnya]

Cara mudah menyemai keratan batang pokok tin:
  1. Pilih batang yang sesuai (yang dah matang iaitu berwarna coklat muda, jangan terlalu muda (warna hijau), jangan juga terlalu tua (warna cerah / kelabu)).
  2. Kerat batang sepanjang 4 - 5 ruas (ruas bermaksud jarak antara dua pangkal / pelepah daun / node).
[baca selanjutnya]

Anak pokok tin tak sihat?


Pokok tin sangat cepat membesar, boleh mencapai ketinggian 15 kaki dalam tempoh 6 bulan (tertakluk kepada penjagaan).

Kalau kita beli anak pokok tin setinggi 2 kaki dan ketinggian meningkat ke 3 kaki selepas 4 bulan di ditanam, sahlah pokok tin kita kurang sihat [baca selanjutnya].

Anak Pokok Tin Bareroot


Anak bareroot tu apa?

Ringkasnya anak pokok bareroot adalah anak pokok yang dah stabil dan dibuang medianya (rujuk foto di bawah). Selalunya anak bareroot disediakan adalah untuk tujuan penghantaran melalui pengangkutan udara. Anak bareroot sudah tentu jauh lebih ringan kerana media tanaman telah dibuang dan dengan ini kos penghantaran adalah lebih murah [baca selanjutnya].

Pokok Tin Berhenti Membesar


Pernah suatu ketika seorang sahabat bertanyakan tentang keadaan pokok tin yang beliau tanam [baca selanjutnya].

Penjagaan Pokok Tin Dalam Pasu


Sikit tip tentang penanaman pokok tin dalam pasu, sebaiknya sekali setiap bulan media disiram dgn air (elok kalau guna air tanpa klorin) yang banyak (lejuh) iaitu lebih kurang 2 L utk pasu bersaiz ~ 10 L. Untuk air tanpa klorin boleh boleh je gunakan air hujan ataupun air dalam tanah (telaga). Air paip juga boleh dijadikan tanpa klorin dengan membiarkan takungan air paip terdedah di udara utk sekurang-kurangnya selama ~24 jam [baca selanjutnya].

Nematode - Cacing mikro


Jika pokok tin anda kelihatan berhenti membesar walaupun diberi baja dan disiram secukupnya, serta daun pokok juga jauh lebih kecil berbanding saiz biasa, kemungkinan pokok tersebut diserang nematode, iaitu sejenis cacing mikro yang bertelur dalam akar muda pokok tin (rujuk foto). Setelah menetas anak cacing hidup dengan memperoleh nutrien daripada pokok tersebut. Ini membantutkan tumbesaran pokok [baca selanjutnya].

Pembajaan Pokok Tin



Bagaimanakah pokok tin memperoleh baja? 

Pokok tin mempunyai akar rerambut yang banyak. Melalui akar rerambut inilah pokok tin memperoleh baja (nutrien) yang diperlukan. Pokok tin memperoleh nutrien dari tanah ataupun air siraman dan kemudiannya dibekalkan ke bahagian lain pokok menerusi xylem (di dalam batang). Jika media tanaman kekurangan nutrien, media perlu dibekalkan dengan nutrien secukupnya. Nutrien juga boleh dibekalkan kepada pokok secara langsung melalui batang dan daun (secara foliar) [baca selanjutnya].




Apa faedahnya berkebun di laman rumah?



Sebenarnya kenapa Ayah Chik Li jadikan berkebun di keliling rumah ni sebagai hobi?



Sama ada kita mempunyai pekerjaan tetap ataupun tidak, berkebun di sekitar rumah mempunyai banyak manfaatnya.



Kita semua maklum bahawa harga sayur-sayuran dan juga buah-buahan semakin meningkat. Sayur-sayuran seperti cili, kangkung dan serai sangatlah mudah ditanam, dan memerlukan penjagaan yang minimum. Masing-masing boleh buat kiraan mudah berapa banyak wang yang kita belanjakan setiap bulan untuk membeli cili, serai dan sayur-sayuran lain. Kalaulah kita dapat mengelak perbelajaan berkenaan sebanyak 50% sahajapun dengan menanam sendiri sayur-sayuran berkenaan sudah tentu ini memberikan kita cukup motivasi untuk kita berkebun [baca selanjutnya].




Mengapakah saya menggunakan baja organik Attia untuk Pokok Tin saya?




Secara relatifnya penanaman pokok tin masih agak baru di bumi Malaysia. Walaupun baru, publisiti yang diberikan oleh media cetak dan elektronik serta peranan yang dimainkan oleh media sosial menjadikan minat orang ramai terhadap penanaman pokok tin meningkat dengan cepat sekali. Saya adalah salah seorang yang meminati penanaman pokok tin. Mengapakah saya meminati penanaman pokok tin? Saya akan  menceritakannya dalam kesempatan yang lain [baca selanjutnya].



Anak pokok tin Ayah Chik Li Home Grower




Ayah Chik Li Home Grower sediakan peluang untuk mendapatkan anak pokok tin dengan harga yang sangat kompetitif - juga sesuai untuk anda sebagai peniaga [baca selanjutnya].



Pemilihan variety anak pokok tin




Sebagai penggemar pokok tin yang baru sahaja ingin mencuba, pemilihan variety mungkin menjadi persoalan utama [baca selanjutnya].



Inginkan Pokok Tin Yang Subur Dan Berbuah?



Anda salah seorang peminat pokok tin?

Tapi sudah mula jemu dan bosan kerana dah berbulan-bulan (mungkin bertahun) tanam pokok tin tapi pokok macam hidup segan saja? Nak berbuah jauh sekali [baca selanjutnya].

Menyuburkan pokok tin melalui penjagaan media tanaman yang baik


Beberapa bulan lepas saya terserempak dengan satu posting dalam fesbuk tentang seorang penggemar pokok tin seolah-olah mengamuk. Saya kurang pasti punca amukannya. Berdasarkan foto dalam postingnya pokok tin yang ditanamnya kelihatan kurang subur dan tidak berbuah, yang mungkin merupakan punca amukannya [baca selanjutnya].

Manfaat memakan buah tin


Buah tin mempunyai banyak manfaat terhadap tubuh badan. Berikut disenaraikan sebahagiannya yang diperoleh daripada beberapa sumber rujukan [baca selanjutnya]:

Pemilihan kaedah penanaman anak pokok tin - dalam bekas / pasu ataupun dalam tanah


Ramai juga yang tertanya-tanya sama ada nak tanam anak pokok tin dalam tanah ataupun dalam bekas / pasu. Di negera-negara Mediterranean dan di beberapa negara lain seperti di USA dan Eropah kebanyakan pokok tin ditanam di tanah terbuka. Di negara jiran seperti Thailand juga terdapat penanaman secara terbuka dalam tanah [baca selanjutnya].

Panduan pemilihan dan ciri-ciri anak pokok tin yang sihat dan stabil


Memilih anak pokok tin untuk dibeli sering menjadi permasalahan, terutamanya jika pembeli baru berjinak-jinak dengan penanaman pokok tin. Berdasarkan pengalaman sendiri dan pembacaan, berikut disenaraikan beberapa ciri utama anak pokok tin yang sihat dan stabil. Semoga bermanfaat untuk kita semua [baca selanjutnya].

Panduan pemilihan jenis-jenis anak pokok tin dalam pasaran


Anak pokok yang dijual selalunya ada pelbagai jenis, antaranya adalah [baca selanjutnya]:

Panduan ringkas pemilihan media tanaman anak pokok tin dalam bekas


Pemilihan media tanaman sangat kritikal terutamanya bagi penggemar pokok tin yang baharu. Jika kita mempunyai pengalaman dalam penanaman pokok lain kita mungkin cenderung untuk memilih pelbagai jenis tanah sebagai media tanaman pokok tin, seperti tanah hitam, tanah bakar, tanah kompos, top soil dan macam-macam jenis tanah lagi [baca selanjutnya].

Panduan ringkas penanaman dan penjagaan pokok tin


Saban hari semakin ramai peminat pokok Tin di Malaysia. Ramai juga yang begitu teruja dan beria untuk memulakan penanaman pokok Tin. Pokok Tin boleh ditanam dari biji benih,  anak tissue culture, anak bare root, keratan batang dan juga tut [baca selanjutnya].