Cari Dalam Blog Ini

Sabtu, 31 Mac 2018

Anak pokok tin tak sihat?

Ayah Chik Li Home Grower membekalkan anak pokok tin bareroot dengan harga yang sangat kompetitif
Khas untuk pekebun laman rumah di seluruh Malaysia (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Simbilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak, Labuan, Kuala Lumpur, Putrajaya)

Pokok tin sangat cepat membesar, boleh mencapai ketinggian 15 kaki dalam tempoh 6 bulan (tertakluk kepada penjagaan).

Kalau kita beli anak pokok tin setinggi 2 kaki dan ketinggian meningkat ke 3 kaki selepas 4 bulan di ditanam, sahlah pokok tin kita kurang sihat.

Punca pokok tin kurang sihat memanglah banyak. Antaranya adalah kerana serangan kulat / fungus ke atas media. Kalau kita siram media dengan air yang agak banyak dan kelihatan serbuk putih (rujuk foto) muncul di permukaan media, maksudnya media memang dah diserang kulat.

Cara atasi: bilas / siram media dengan anti kulat yang boleh dibeli dari kebanyakan nurseri. Kalau nak siram dengn larutan oligokitosanpun ok juga.