Cari Dalam Blog Ini

Isnin, 5 Mac 2018

Penjagaan Pokok Tin Dalam Pasu

Ayah Chik Li Home Grower membekalkan anak pokok tin dengan harga yang sangat kompetitif
Khas untuk pekebun laman rumah di seluruh Malaysia (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Simbilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak, Labuan, Kuala Lumpur, Putrajaya)

Assalamualaikum wrt.
Sikit tip tentang penanaman pokok tin dalam pasu, sebaiknya sekali setiap bulan media disiram dgn air (elok kalau guna air tanpa klorin) yang banyak (lejuh) iaitu lebih kurang 2 L utk pasu bersaiz ~ 10 L. Untuk air tanpa klorin boleh boleh je gunakan air hujan ataupun air dalam tanah (telaga). Air paip juga boleh dijadikan tanpa klorin dengan membiarkan takungan air paip terdedah di udara utk sekurang-kurangnya selama ~24 jam.

Siraman begini boleh menyingkirkan baja kimia lebihan (yg tidak diserap oleh pokok) daripada media. Baja kimia lebihan ini boleh menyebabkan media jadi keras dan kurang sesuai utk pengakaran pokok tin. Siraman dengan air yg banyak juga boleh mengurangkan kemasaman tanah jika kita guna baja organik ataupun media tanaman yang tinggi kandungan bahan organik. Media yang masam memang tidak sesuai untuk pokok tin.