Jika pokok tin anda kelihatan berhenti membesar walaupun diberi baja dan disiram secukupnya, serta daun pokok juga jauh lebih kecil berbanding saiz biasa, kemungkinan pokok tersebut diserang nematode, iaitu sejenis cacing mikro yang bertelur dalam akar muda pokok tin (rujuk foto). Setelah menetas anak cacing hidup dengan memperoleh nutrien daripada pokok tersebut. Ini membantutkan tumbesaran pokok.
Nematode selalunya berpunca daripada media yang digunakan. Nemotode lazimnya membiak dalam pasir yang terdedah di udara. Sekiranya pasir digunakan dalam campuran media pastikan pasir berkenaan direndam dalam air selama 48 jam. Pasir yang dibeli dari kedai hardware memang selalunya terdedah di udara. Manakala pasir sungai ataupun pasir lombong pula selalunya terendam dalam air.