Buah tin mempunyai banyak manfaat terhadap tubuh badan. Berikut disenaraikan sebahagiannya yang diperoleh daripada beberapa sumber rujukan:
- Buan tin mengandungi pektin. Pektin mampu melarutkan kolesterol jahat (low density lipoprotein) dalam darah sehingga dapat meningkatkan kelancaran peredaran darah dalam tubuh badan.
- Mengatasi masalah sukar tidur (insomnia). Buah tin mengandungi asid amino tryptopham. Asid ini dipercayai berperanan dalam mengatasi masalah insomnia.
- Omega-3, Omega-6 serta kalium dalam buah tin boleh mencegah penyakit jantung koronari dan tekanan darah tinggi, sekaligus dapat menghindari serangan stroke / angin ahmar.
- Memenuhi keperluan kalsium oleh tubuh badan. Buah tin kaya akan kalsium, boleh dijadikan alternatif susu sebagai sumber kalsium bagi yang alergi terhadap susu. Seseorang yang mengambil kalsium yang cukup, kesihatan tulang dan giginya kekal terjaga. Masalah berkaitan dengan kepadatan tulang seperti osteoporosis boleh dielak.
- Buah tin mengandungi serat larut yang dapat membentuk gel dalam perut. Pembentukan gel ini mampu memberi rasa kenyang lebih panjang, dan sudah tentu boleh membantu individu yang ingin mengawal selera makan / berat badan.
- Buah tin juga mengandungi serat tak larut yang dapat membantu proses pencernaan dan boleh bertindak sebagai pelawas.
- Buah tin mengandungi beberapa anti-oksidan. Pengambilan anti-oksidan ini dilaporkan dapat mengurangkan risiko untuk mengidap beberapa jenis kanser, termasuklah kanser prostat dan usus.
- Kandungan fenol dan benzaldehid dalam buah tin dapat membunuh mikroorganisme pathogen (anti-biotik alami).
- Melegakan penyakit lelah (asthma) serta mencegah anemia, batu karang, diabetes dan gaut.
- anak pokok tin
- pembajaan pokok tin
- penanaman pokok tin
- penjagaan media tanaman
- kaedah penanaman
- ciri anak pokok sihat
- baja organik
- baja organik Attia
- LAMAN JUALAN
WASAP Ayah Chik Li
Khas untuk peminat pokok tin (anak tut dalam polibag) di Malaysia, khususnya yang berada di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan (Bangi, Sepang, Sungai Ramal, Dengkil, Banting, Sungai Pelek, Bandar Baru Salak Tinggi, Seri Putra, Bukit Mahkota, Sungai Merab, Sri Kembangan, Serdang, Petaling Jaya, Shah Alam, Cyberjaya, Kajang, Nilai, Seremban, Semenyih, Beranang dan Cheras)