Mengapakah Ayah Chik Li berkebun di laman rumah?
Itu sahajalah tanah / ruang yang saya ada.
Luas ke laman rumah Ayah Chik Li?
Tak luas manapun, saya manfaatkan semua ruang yang ada.
Ayah Chik Li berkebun ni hobi ke nak cari duit lebih?
Saya memang suka bercucuk tanam, sejak sekolah rendah lagi. Lama juga yang ketepikan hobi saya ni. Saya mulakan balik setelah saya miliki rumah sendiri.
Mengapa Ayah Chik Li jadikan berkebun sebagai hobi Ayah Chik Li?
Saya memang anak petani, mungkin minat tu datang sendiri je.
Tak bosan ke berkebun? Selalunya berkebun ni tidak memerlukan Ayah Chik Li bersosial sangat.
Saya tak fikir macam tu, semasa kita menjaga ataupun menanam pokok mungkin kita tidak bersosial tapi sebenarnya untuk berkebun kita perlu juga bersosial. Paling tidakpun bersosial di alam maya. Kerana ada sahaja maklumat baru yang kita perlukan. Kita boleh cari kawan di laman sosial untuk bertukar pandangan ataupun mencari maklumat tentang berkebun. Ada juga di kalangan kita yang minat berkebun ni bertukar-tukar benih pokok sesama rakan-rakan atatupun dengan sesiapa saja yang kita temui di alam maya. Perkenalan yang awalnya mungkin bermula di alam maya boleh berlanjutan ke alam nyata. Berkebun bukanlah hobi yang anti sosial sifatnya. [
sambungan]