Cari Dalam Blog Ini

Ahad, 24 Jun 2018

Berapa lama nak tunggu pokok tin berbuah?

Tempoh pokok tin mencapai kematangan dan berbuah berbeza-beza mengikut variety. Walau bagaimanapun jika pokok tin ditanam menggunakan keratan batang ataupun tut, anak pokok ini sebenarnya telah mencapai tahap matang dan memang sudah bersedia untuk berbuah, tertakluk kepada kesuburan pokok. Oleh itu selalunya pokok tin yang ditanam menggunakan anak keratan batang ataupun anak tut boleh berbuah dalam tempoh 3 bulan selepas ditanam.

Buah  tin mengambil masa lebih kurang 2 bulan untuk masak (tertakluk kepada variety). Buah tin yang belum masak selalunya akan mendongak ke atas dan buahnya agak keras serta kecil. Apabila masak, tangkai buah tin akan membengkok ke bawah, serta buahnya menjadi lebih lembut. Buah tin juga membesar dengan cepat apabila menghampiri tahap masak.