Untuk hidup subur pokok tin perlu disiram secara kerap terutamanya di sepanjang pokok tin terdedah kepada cahaya matahari. Penyiraman pokok tin perlu dilakukan secara terus ke tanah / media tanaman. Elakkan daun daripada terkena air siraman. Daun yang sentiasa basah mengundang pelbagai penyakit kepada daun tin, terutamanya penyakit yang disebut sebagai karat daun. Karat daun dipercayai terjadi akibat pembiakan sejenis kulat pada daun. Kulat ini lebih mudah membiak jika daun lembab / basah untuk tempoh yang panjang. Oleh yang demikian sebaiknya pokok tin dielak daripada terdedah secara langsung kepada air hujan.