Kapas sering diimport dari India dan China, namun pokok kapas juga mampu hidup subur di negara kita Malaysia. Semua sedia maklum bahawa kegunaan utama kapas adalah dalam penghasilan fabrik. Pelbagai produk lain juga boleh dihasilkan dari gentian kapas.
Ketahuilah bahawa daun dan biji kapas juga banyak kegunaannya. Daun kapas mempunyai pelbagai faedah dari segi kesihatan. Antara yang pernah dilaporkan adalah daun kapas dapat meningkatkan penghasilan susu oleh ibu yang menyusukan bayi. Daun kapas juga dikatakan mampu melancarkan sistem pernafasan, termasuklah mampu melegakan lelah (asthma). Teh daun kapas dikatakan boleh juga melegakan batuk dan selesema.
Daun kapas yang mengandungi cairan berlendir dikatakan boleh membantu menyembuhkan luka dan keradangan organ pernafasan seperti mulut dan kerongkong.
Daun kapas juga dilaporkan membantu melegakan pelbagai masalah kulit seperti keradangan kulit, ekzema, gigitan serangga dan juga jerawat. Ini adalah kerana daun kapas dilaporkan mengandungi bahan bersifat anti-bakteria dan juga anti-keradangan.
Semaian anak pokok kapas |