Cari Dalam Blog Ini

Ahad, 12 Mei 2019

Yakon (Yacon)
- Ayah Chik Li Home Grower membekalkan anak benih tanaman dan Baja Organik Asli Attia dengan harga yang sangat kompetitif *Sesuai untuk anda sebagai peniaga *Macam-macam insentif*

Khas untuk anda sebagai penggiat kebun laman rumah , khususnya yang berada di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan (Bangi, Sepang, Sungai Ramal, Dengkil, Banting, Sungai Pelek, Bandar Baru Salak Tinggi, Seri Putra, Bukit Mahkota, Sungai Merab, Sri Kembangan, Serdang, Petaling Jaya, Shah Alam, Cyberjaya, Kajang, Nilai, Seremban, Semenyih, Beranang dan Cheras)


Tanaman Yakon (Yacon) adalah spesies yang berasal dari Columbia dan Argentina. Secara tradisionalnya Yakon ditanam untuk ubinya (umbisi) yang agak manis. Ubi Yakon mengandungi sebatian yang dipanggil inulin, iaitu bahan yang memberikan rasa manis pada ubi ini.
Pokok Yakon boleh tumbuh sehingga mencecah ketinggian 2 m, menghasilkan bunga seperti bunga matahari, tetapi agak kecil.
Tanaman ini hampir tidak diketahui selain dari tempat asalnya, sehinggalah pada awal 2000 tanaman ini dilaporkan berjaya menurunkan kandungan gula dalam darah oleh penyelidik Jepun. 
Kini beberapa syarikat telah menghasilkan produk sirap Yakon dan teh Yakon yang mula dikenali di kalangan pengidap diabetik.
Semaian Yakon
Anak pokok Yakon