Cari Dalam Blog Ini

Ahad, 9 Jun 2019

Pemilihan Kaedah penanaman - terbuka ataupun di dalam rumah pelindung hujan

Nak tanam secara terbuka, ataupun dalam rumah pelindung hujan (RPH)?

Pokok tin perlukan cahaya yang maksimum untuk berbuah. Pokok tin juga perlukan air secukupnya bagi menjamin kesuburan pokok, dan kesuburan pokok adalah sangat penting untuk pokok berbuah. Namun pokok tin sukar mencapai kesuburan yang baik jika sering terdedah kepada hujan. Daun pokok tin yang lembab untuk tempoh yang panjang membolehkannya dijangkiti oleh kulat daun yang menyebabkan daun "berkarat". Karat daun yang teruk menyebabkan daun gugur, dan tumbesaran pokok terbantut. Jika keadaan ini berlarutan pokok tin boleh mati.

Oleh itu adalah sangat baik pokok tin ditanam di kawasan yang tidak terdedah secara langsung kepada hujan. Ini tidak bermakna pokok tin mesti ditanam dalam RPH. Kawasan di tepi anjung, ataupun di tepi dinding rumah yang terlindung dari hujan juga adalah sesuai untuk menempatkan pokok tin, asalkan terdedah kepada cahaya matahari yang maksimum.

Klik WASAP Chik Li