Cari Dalam Blog Ini

Isnin, 1 Julai 2019

Khasiat Kelor / Remunggai / Gemunggai / Lemunggai / Moringa

DI Malaysia, daun kelor atau lebih dikenali dalam kalangan masyarakat sebagai daun lemunggai, remunggai atau gemunggai sering dijadikan salah satu tumbuhan yang dimasak sebagai sayuran. Kebiasaannya, ia digunakan dalam masakan kari, masak lemak putih dan hidangan tempatan yang  digunakan secara meluas terutamanya masakan masyarakat India. Ia jarang didijadikan ulaman kerana rasa daunnya yang pahit. Namun, daun ini atau nama saintifiknya moringa oleifera mengandungi nutrien tinggi, anti oksidan, anti radang, fenolik, flavanoid, protein lengkap serta asid amino sehingga menjadikan daun ini dikenali sebagai makanan ‘super’.
Kelor / Remunggai / Gemunggai / Lemunggai / Moringa
Khasiatnya yang pelbagai itu, menyebabkan sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) membangunkan daun moringa oleifera sebagai suplemen multivitamin. Produk ini adalah formulasi unik yang mudah dikunyah, berkhasiat, semula jadi, menjimatkan dan boleh dijadikan sebagai makanan tambahan untuk semua peringkat umur. Produk ini dibangunkan untuk mempromosikan daun moringa eleifera sebagai multivitamin yang murah serta dapat memenuhi tahap multivitamin yang hilang untuk masyarakat kurang berkemampuan di seluruh dunia. “Antara ciri suplemen yang dihasilkan ini, mempunyai sifat mudah larut dalam mulut dan mudah bagi penyerapan nutrien dalam tubuh. Ia mudah dikunyah begitu sahaja tanpa air seperti mengunyah gula-gula serta senang di bawa ke mana sahaja”. 
Artikel asal adalah dari Sinar Harian